Showing posts with label dalam negeri. Show all posts
Showing posts with label dalam negeri. Show all posts

Wednesday, 22 January 2014

KUCHING: Mati kepala tersepit lif

 


Kuching : Seorang pekerja kedai perkakasan logam maut selepas kepalanya tersepit pada lif pemunggahan barang di sebuah pusat komersial di Jalan Song, kira-kira 4 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Benedick Guan Christopher, 19, mati di tempat kejadian dipercayai akibat patah leher.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.45 petang dan 12 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kepala mangsa tersangkut antara lif dengan dinding menyebabkan lif itu tersekat.

"Mangsa dipercayai pengsan dalam lif itu, menyebabkan dia jatuh dan kepalanya tersangkut antara lif yang tidak berpintu dengan dinding.


"Lif itu tersekat di tingkat tiga dan ketika mengeluarkan mangsa, dipercayai lehernya sudah patah," katanya.

Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat. METRO

Tuesday, 1 October 2013

DALAM NEGERI: 3 mati, 2 kritikal keracunan makanan kenduri kahwin

Yan: Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak dan warga emas meninggal dunia, manakala dua lagi kritikal dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati jamuan di majlis kenduri kahwin di sebuah rumah di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani pada Sabtu lalu.

Sehingga petang semalam, pihak hospital menerima 70 kes, iaitu 35 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 30 di Hospital Yan (HY) serta lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan dijangka meningkat. 

Meninggal selepas pengsan 

Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, yang pengsan di rumahnya di Kampung Singkir Laut, Sungai Petani meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HY pada jam 1 tengah hari semalam.

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nurshazana Mohd Rashid, 24, pula meninggal dunia selepas pengsan di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong, pada jam 12.45 tengah hari dan dihantar ke HSB, manakala Ibrahim Muhamad, 62, dari Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu, meninggal dunia jam 6.30 petang di HSAH. 

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, berkata dua yang kritikal, iaitu lelaki termasuk seorang kanak-kanak sedang dirawat di HASH.

Beliau berkata, tiga mangsa disahkan mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan pada majlis kenduri kahwin itu. 

Katanya, semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius. 

Sehingga petang semalam, pihaknya masih mengesan punca dan jenis virus yang menyerang pesakit bagi tindakan lanjut. 

“Kita minta orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit dan muntah selepas menghadiri majlis berkenaan segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan bagi mengelak kejadian lebih buruk,” katanya. 

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata setakat ini polis menyerahkan kes kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.






SUMBER: Bharian

Sunday, 29 September 2013

DALAM NEGARA: Saudara Baru Bersekedudukan Hingga Hamil Luar Nikah

 

 “Saya tak tahu prosedur, malah saya bimbang jika anak dilahirkan ini tidak boleh dibin atau dibintikan bapanya yang sebenar kerana saya telah mengandung lapan bulan,” demikian luahan seorang saudara baru yang memeluk Islam, kira-kira sebulan lalu.

Salmah (bukan nama sebenar), 30, berkata, dia mengandung anak luar nikah hasil hubungan sulitnya dengan seorang lelaki warga asing yang bekerja di sebuah projek tanaman buah-buahan tempatan berhampiran tempat tinggalnya.

Menurutnya, dia dan lelaki yang dikenali sebagai Mahmud (bukan nama sebenar), 30, mula menjalani kehidupan sebagai ‘suami isteri’ selepas dia disahkan mengandung dua bulan.

DALAM NEGERI: Empat Sekeluarga Maut Kereta Dirempuh Lori

 

“Sukar menggambarkan perasaan ketika itu dan kaki saya tiba-tiba menggigil sebaik melihat nombor pendaftaran Perodua Viva yang terbabit kemalangan itu milik ayah.”



Kata Mohd Anuar Shafie, 32, anak kedua tukang gunting, Shafie Hamid, 57, yang terbunuh bersama isteri, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka, Mohd Ittihal, 26, dan Nurul Faiz, 24, selepas kereta mereka naiki bertembung lori seberat dua tan dalam dalam kemalangan ngeri di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, di Pokok Sena, semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...