Showing posts with label Riyadh. Show all posts
Showing posts with label Riyadh. Show all posts

Friday, 31 January 2014

RIYADH: Tolak RM2.6 juta demi sahabat


Riyadh : Seorang pekerja warga Mesir di sini menolak tawaran SR3 juta (RM2.6 juta) untuk membeli nombor pendaftaran kenderaaannya dengan alasan dia tidak mahu memutuskan hubungan dengan keretanya.

Hisham Bili yang mempunyai berpendapatan sebanyak SR4,000 (RM3,500) berkata, dia menerima kereta lama itu daripada seorang rakan warga Saudi dan nilai kereta itu kini hanya kira-kira SR12,000 (RM10,600).

“Saya menerima kereta ini sebagai hadiah 16 tahun lalu. Saya tidak mahu menjualnya dan nombor pendaftarannya walaupun tawarannya mencecah SR3 juta kerana saya tidak mahu menjejaskan hubungan persahabatan kami,” katanya, dipetik akhbar tempatan Al Arabiya. 

“Saya menerima pelbagai tawaran. Kini saya tidak lagi memandunya, sebaliknya menaiki teksi kerana mahu mengelak daripada orang ramai yang meminta saya menjualnya,” kata Hisham. - AFP

Saturday, 25 January 2014

RIYADH: 6 tahun hilang ditemui dalam Youtube


Riyadh : Seorang lelaki Arab Saudi yang cacat mental dan hilang hampir enam tahun lalu berjaya dijejaki oleh keluarganya apabila dia muncul dalam YouTube.

Keluarganya yang menonton rakaman yang menunjukkan dia menari berjaya menjejakinya di Yaman.
  
Lelaki berusia 46 tahun yang dikenali sebagai Nafei Al Daabali, meninggalkan kediamannya di bandar barat Al Lith enam tahun lalu dan sejak itu tidak pernah pulang.



Kehilangannya mendorong polis dan ahli keluarga melancarkan operasi mencari secara besar-besaran di seluruh negara tetapi gagal mengesannya. Pihak berkuasa Saudi kini berusaha untuk membawanya pulang dengan bantuan polis Yaman dan menyiasat bagaimana dia boleh menyeberang sempadan ke negara itu tanpa pasport.
  
Seorang ahli keluarganya berkata, Nafei nampak tidak sihat kerana menghadapi masalah fizikal dan psikologi. - emirates247

Friday, 10 January 2014

RIYADH: Unta peluk bekas pemilik


Riyadh : Seekor unta menunjukkan emosi seperti manusia dan ingatan yang kuat apabila ia memeluk bekas pemilik warga Arab Saudinya dengan penuh kasih sayang selepas berjumpa kembali sejak sekian lama.

Bekas pemilik unta itu sendiri terkejut apabila unta berkenaan berlari mendapatkannya dan membelit bekas pemilik terbabit dengan lehernya yang panjang itu.

Lelaki berkenaan yang namanya tidak didedahkan dikatakan melawat ladang haiwan kepunyaan pemilik barunya kerana merindui unta yang pernah dipeliharanya itu.

Satu gambar yang diterbitkan akhbar berbahasa Arab, Sada Arabic menunjukkan petani itu dipeluk unta berkenaan dengan lehernya.

Laporan itu menyebut, Ia membelit leher bekas pemiliknya seolah-olah mengatakan walaupun kamu sudah menjual saya, saya masih menyayangi kamu.

Gambar itu yang turut disiarkan beberapa laman sosial, segera mencetuskan pelbagai ulasan, kebanyakannya menyatakan rasa terharu berikutan kasih sayang yang ditunjukkan unta dan bekas pemiliknya.

Mereka juga terkejut dengan reaksi haiwan itu.


Walaupun lelaki berkenaan mengetahui unta itu akan mengenali beliau, beliau tidak menjangka binatang itu akan menunjukkan reaksi demikian terhadap manusia. SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...