Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Monday, 3 February 2014

NEW DELHI: Dibakar ketika susukan anak

MAYAT Devi dan bayinya yang dibakar hingga mati oleh suami dan keluarga lelaki itu ketika di hospital.

New Delhi : Seorang ibu muda dibakar hingga mati bersama bayinya oleh suami dan keluarga lelaki itu kerana gagal membayar dowry atau hantaran perkahwinan.

Polis di negeri Jharkhand di timur India berkata, Annu Devi, 22, dibakar hidup-hidup ketika menyusukan bayi perempuannya.

Polis menahan suaminya, Gunjan Masat yang didakwa menyimbah minyak tanah ke tubuh Devi dan bayi perempuan mereka sebelum membakar kedua-dua beranak itu. Menurut bapa Devi, Raghuni Rana pasangan itu berkahwin lebih setahun tetapi masalah timbul selepas Devi melahirkan bayinya.

Encik Rana memberitahu polis, “Mereka mahukan anak lelaki tetapi tidak menyedari mendapat anak perempuan dan ianya bukan salah Devi.

“Mereka mula menyeksa anak saya dan saya tidak menyangka mereka sanggup membunuhnya.

‘Mereka ada menuntut motosikal dan televisyen walaupun saya sudah memberikan mereka dua bighas (1.6 ekar) tanah sebagai hantaran perkahwinan,” katanya.
 
Gunjan meletakkan tubuh Devi berhampiran pendiang api supaya kelihatan seperti kemalangan


Bagi menutupi kematian Devi dan agar kelihatan seolah-olah seperti kemalangan, Gunjan meletakkan tubuhnya berhampiran pendiang api, selain turut meletakkan bekas air berhampiran tempat itu.

Pada awal pagi 30 Januari, seorang penduduk melihat Devi dan bayi perempuannya terbaring di halaman rumah mentuanya.

Dia masih bernyawa ketika itu walaupun tubuhnya melecur 90 peratus. Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
 
Gunjan Masat telah ditangkap, manakala bapanya Mahendra Basat (gambar), telah disoal siasat. Anak-anaknya yang lain juga telah turut diburu polis.

Abang ipar Devi yang didakwa turut terbabit dalam pembunuhan itu masih diburu polis. Superintendan polis di daerah itu, Nirmal Kumar Mishra berkata, semua tertuduh akan ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang.

Hantaran perkahwinan menjadi alasan utama mengapa bayi lelaki lebih digemari berbanding dengan bayi perempuan dalam budaya India. Ribuan janin digugurkan setiap tahun selepas ujian ultra bunyi menunjukkan jantina janin berkenaan.
  
Wanita juga dibunuh berikutan isu hantaran perkahwinan setiap jam di India, menurut data dikeluarkan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan negara itu. “Seramai 8,233 wanita muda, kebanyakan pengantin baru dibunuh dalam isu ‘kematian hantaran perkahwinan’ pada 2012,” lapor biro itu tahun lalu.

Ibu mertua Devi memegang jasad cucu perempuannya yang juga dibakar sampai mati 

Keganasan rumah tangga adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh hantaran perkahwinan merupakan perkara biasa di kawasan itu, tetapi pembunuhan Devi bersama-sama dengan bayi perempuan telah mengejutkan penduduk tempatan. – DailyMail

Budaya wanita membayar dowry di India


Saya ingin ketengahkan budaya yang mewajibkan wanita membayar dowry (mas kahwin) kepada keluarga suami seperti yang diamalkan di India.

Kelahiran anak perempuan dianggap sebagai celaka - sehinggakan ramai di kalangan wanita beragama Hindu dinamakan Na-Kusa atau Na-Kushi yang bermakna "Tidak DiKehendaki". Info lanjut

Seramai 10 juta bayi perempuan baru lahir dibunuh oleh keluarga miskin, kaya mahupun terpelajar. Walaupun banyak peningkatan dari segi akademik, namun Budaya Buruk Ini Mengatasi Akal Mereka. Info lanjut

Oleh itu, kerajaan India telah mengharamkan Ultra-sound untuk melihat jantina bayi dalam kandungan. Namun begitu, masalah pembunuhan bayi perempuan masih berleluasa. Budaya ini begitu kukuh Info lanjut

Akibatnya kini lebih ramai lelaki dari wanita. Nisbahnya kini ialah setiap 1,000 lelaki seramai 917 wanita. Pada tahun 2020 ia akan menjadi lebih buruk lagi. Banyak kawasan di India akan menghadapi kekurangan wanita sehingga 30%. Info lanjut

Hasil budaya buruk ini menyebabkan :
-> penculikan perempuan dari lokasi lain untuk dikahwinkan

-> penjualan anak-anak perempuan kepada sindiket

-> penjualan wanita-wanita Nepal dan Bangladesh sebagai hamba seks

-> kegiatan sindiket pelacuran meningkat di seluruh India

-> peningkatan penyakit kelamin dan kes HIV/AIDS

-> India di dalam kedudukan Nombor 2 di dunia yang mempunyai HIV paling ramai, iaitu 5 juta orang kini. Info lanjut

-> isteri dipaksa menjadi hamba seks untuk adik-beradik suami. Info lanjut

Pusingan Budaya :
Budaya Wanita Bayar Mas Kahwin -> Di Anggap Celaka -> Di Bunuh -> Kekurangan Wanita -> Penculikan -> Pelacuran -> Peningkatan Penyakit Kelamin -> Isteri Menjadi Hamba Seks Keluarga Suami.

Bersyukurlah :
-> Syukur dengan kedatangan Rasulullah yang membawa sejahtera dengan SunnahNya.

-> Syukur dengan hak Wanita Muslim yang telah dimartabatkan oleh Allah dan RasulNya.

-> Syukur kita masih lagi berbudaya Muslim, di mana Suami Membayar Mas Kahwin.

mamayana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...