Monday 16 September 2013

LIFE: Wanita Digigit Ular yang "dipelihara" 3 Bulan Dalam Wain

penyakit reumatik, ramuan ular, Wanita Digigit Ular "dipelihara" 3 Bulan Dalam Wain

Ular "dipelihara" 3 Bulan Dalam Wain
Tahun ular memberikan nasib malang kepada wanita bernama Liu di Shuangcheng, wilayah Heilongjiang, China Utara. Liu terpaksa dikejarkan ke hospital apabila terkena gigitan ular yang melompat keluar dari botol wain.

Peristiwa ini terjadi ketika Liu hendak membuka botol wain yang telah diisi dengan seekor ular. Ular tersebut memang sengaja dimasukkan untuk membuat ramuan wain yang dipercayai dapat mengubati penyakit reumatik.

Awalnya, Liu bercadang untuk menambah lebih semangat ke dalam botol berisi alkohol itu. Malangnya, ular hidup yang dibeli dan dimasukkan ke dalam botol tersebut sejak Jun lalu rupa-rupanya masih hidup selepas berada selama tiga bulan dalam botol berisi alkohol.

Akibatnya sebaik sahaja botol dibuka, ular itu langsung melompat dan menggigit tangan Liu. Ini bukan kali pertama kes sebegini terjadi di China melibatkan ular yang menjadi ramuan wain.

Pada tahun 2009, seorang penduduk Zhang yang tinggal di Daerah Hubei digigit ular selepas dia cuba untuk membuat “ramuan ular” yang sama, manakala pada tahun 2001, seorang penduduk kampung dari Guangxi Zhuang menemui ajal sehari selepas digigit oleh ular yang "dipelihara" dalam wain.



SUMBER

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...