Monday 9 September 2013

Empat Beranak Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Bangi



Seorang ibu bersama tiga anaknya maut dalam nahas ngeri selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 8, Jalan Kajang-Banting di Bangi Lama hari ini.

Dalam nahas pukul 12.10 tengah hari itu, kesemua mangsa iaitu Rohaya Md. Rabi, 35, yang memandu kereta tersebut serta anak-anaknya dikenali sebagai Nornabila Al Huda, 9, Nornabila Al Hana, 7, dan Mohd Nabil Loffi Al Hadi, 1, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pemandu lori terlibat dan sebuah lagi kenderaan yang turut terbabit dalam nahas itu cedera parah dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...