Showing posts with label tips sihat. Show all posts
Showing posts with label tips sihat. Show all posts

Sunday, 26 January 2014

TIPS: Arang hilangkan bau badan

Pengunjung yang datang akan melalui sesi membersihkan kaki terlebih dahulu.

RAMAI yang tidak menyedari mereka mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan. Walaupun telah menggunakan deodoran dan minyak wangi, ia tidak bertahan lama. Rakan sekerja atau teman rapat pula kadang-kadang tidak mahu memberitahu kerana tidak mahu mengecilkan hati.

Masalah bau badan ini boleh diatasi dengan melakukan rawatan-rawatan tertentu.

Menyedari masalah bau badan yang dialami oleh sesetengah golongan ini, Spa Telaga Bunga telah menyediakan rawatan arang yang dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

Rawatan yang berkonsepkan kontemporari Melayu dengan gabungan rawatan India dan sentuhan Indonesia ini, bukan sahaja dapat menghilangkan bau badan tetapi juga bagi merawat belakang badan yang berjerawat, bagi menarik toksin keluar dari badan dan bagus untuk mereka yang sudah lama tidak melakukan skrub badan.

Menurut konsultan spa Telaga Bunga, Ayu Mudiasih, bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan arang ini ialah rempah-rempah dan herba yang kesemuanya adalah buatan tempatan.

Di antaranya ialah arang kelapa sawit, tepung soya dan tepung beras. Tepung soya mengandungi vitamin C, tepung beras pula bagi menegangkan kulit dan arang bagi menyerap minyak yang berlebihan.

Campuran arang kelapa sawit, tepung soya dan tepung beras dilumur pada bahagian belakang tubuh.


Campuran arang kelapa sawit, tepung soya dan tepung beras dilumur pada bahagian belakang tubuh.

"Rawatan ini masih baru di Malaysia dan ramai yang masih belum tahu mengenainya. Di Amerika Syarikat dan Jepun, rawatan ini popular sebagai pupur muka bagi mengatasi masalah jerawat.

"Pelanggan yang mengambil pakej akan dibersihkan kaki terlebih dahulu dan kemudian bahagian belakang dan hadapan badan disapu rata menggunakan bahan campuran arang.

"Setelah itu badan akan dibungkus selama 30 minit bagi mengaktifkan arang menarik keluar toksin dan bau yang terperap di dalam badan. Sementara menunggu tempoh 30 minit itu, ahli terapi akan melakukan urutan di kepala.

"Selesai rawatan tersebut, pelanggan akan dimandikan dalam air bunga. Setelah badan dikeringkan, badan pelanggan akan diurut lagi selama satu jam. Keseluruhan rawatan ini mengambil masa selama dua jam," kata Ayu Mudiasih yang ditemui di Spa Telaga Bunga baru-baru ini.

Tambah beliau, pelanggan akan dapat merasai kulit mereka menjadi lembut, tegang dan halus kerana sel kulit mati telah dapat dibuang.

Sebaik-baiknya, ujar beliau, lakukan rawatan ini dua kali sebulan, sementara bagi mereka yang lebih bermasalah, lakukan seminggu sekali.

Daripada segi pemakanan pula, kata Ayu, banyakkan makan ulam-ulaman dan buah-buahan serta kurangkan makan daging merah dan makanan berminyak.

Bayaran pakej bagi rawatan arang ini ialah RM360++ namun harga promosi ialah RM199++. utusan

Wednesday, 22 January 2014

INFO: Khasiat herba dukung anak


Rupa bentuknya seakan rumpai menyebabkan ramai yang tidak ambil kisah tumbuhan herba ini, apatah lagi mudah diperoleh.

Namun, dukung anak adalah tumbuhan herba yang berguna dalam dunia perubatan khususnya merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis.

Ia juga digunakan untuk merawat penyakit batu karang, malaria, asma, kencing manis, gigitan berbisa dan cirit birit.

Herba itu digunakan masyarakat di Afrika untuk memecahkan batu karang.

Kelebihan herba dukung anak ini mendorong penyelidik MARDI untuk melakukan kajian secara mendalam.


Kajian Timbalan Pe­ngarah Pusat Penyelidikan Bioteknologi, Dr Indu Bala Jaganath bermula pada 2009.

Dr Indu berkata, pemilihan dukung anak berikutan penggunaannya mengubati penyakit hepatitis.

“Kalau digunakan untuk hepatitis bermakna herba ini mengandungi anti virus,” katanya.

Menurutnya, bahagian pertama dalam penyelidikan itu ialah bagi mendapatkan formulasi herba untuk penyakit denggi.

“Saya bekerjasama dengan pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Sharmala yang juga pakar denggi,” katanya.

Katanya, hasil penyelidikan ke atas tikus mendapati dukung anak memiliki ciri anti kolesterol yang baik.

Katanya, ramai keliru dengan empat spesies dukung anak sedangkan setiap satunya mempunyai khasiat berbeza.

“Jika dilihat ia sama tetapi memang berbeza,” katanya.

Menurutnya, empat jenis herba itu dikenal pasti dengan melakukan piawaian untuk proses penanaman semula.

Proses seterusnya adalah untuk melakukan piawaian tanaman sebelum disusuli aktiviti peng­ekstrakan.

“Ia bagi melihat profail kimia dan jenis bahan aktif yang terdapat dalam setiap spesies.

“Kita juga mahu melihat daripada keempat-empat spesies itu yang manakah mempunyai kompaun bioaktif paling baik,” katanya.

Katanya, spesies Phyllanthus watsonii adalah yang terbaik dikalangan tiga dukung anak yang lain.

“Kami sudah melakukan ujian makmal dan mendapati kompaun bioaktifnya (Phyllanthus watsonii) sangat bermanfaat untuk kesihatan,” katanya.

Dr Indu juga melakukan penyelidikan untuk mengenalpasti aktiviti anti kolesterol.

“Ujian terhadap tikus yang mempunyai paras kolesterol tinggi me­ndapati apabila diberi ekstrak herba, paras kolestrol turun selepas beberapa minggu,” katanya.

Malah katanya, penggunaan bahan seperti lipidol boleh meningkatkan paras enzim, selain memberikan kesan negatif kepada kesihatan.

Katanya, beberapa syarikat sudah menunjukkan minat mendapatkan teknologi itu, antaranya Furley Bioextract.

“Furley Bioextract menghasilkan beberapa produk minuman berfungsi, penyembur tekak (throat spray), nutraseutikal dan biskut fiber.

“Semua produk ini mengurangkan dan mengelak risiko kolesterol dan agen anti-viral,” katanya. merto

Saturday, 28 December 2013

TIPS: 7 Petua Meredakan Demam Kanak-kanak


- Pastikan anak betul- betul demam


Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya, badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.

Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.

Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.

- Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.



“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;

  • Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
  • Rendam tuala dan perahkan.
  • Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
  • Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
  • Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
  • Ulangi dan lakukan selama 30 minit.


JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.

Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.

- Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangka waktu yang ditetapkan.



Ubat paracetamol (atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun- tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ianya selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Malah mereka yang mempunyai masalah gastrik atau pedih ulu hati, juga boleh menggunakannya.

Sekiranya demam anak- anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/ kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.

Contohnya:
anak 3 bulan ke bawah:
kirakan berat badan misalnya 4 kg , jadi
4×20 mg= 80 mg – beri semasa pertama kali badannya demam.
Selepas 8 jam , 4 x 15 mg= 60 mg setiap dos.

Jika anak berusia 1 tahun, beratnya 6 kg
6×20= 120 mg, dos pertama.
Selepas 6 jam, dos kedua 6×15 = 90 mg.

Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa bangun malam, untuk memberikan dos keempat pada jam 11-12 tengah malam. Saya dapati jika ibubapa mematuhi waktu ini,termasuk dos tengah malam, insyaAllah demam ketika malam tidaklah begitu tinggi dan anak pun boleh tidur dengan selesa.

HARAP PERHATIKAN KEPEKATAN UBAT PARACETAMOL ANDA

Jika kepekatannya 120 mg/5 mL- maka 60 mg bersamaan 2.5 ml
Jika kepekatannya 250 mg/5 mL – maka 60 mg bersamaan dengan 1.2 mL

Biasanya kepekatan 120 mg/5 mL untuk bayi/ kanak- kanak 6 tahun ke bawah. Kepekatan 250 mg/5 mL selalunya digunakan untuk kanak- kanak 6 tahun hingga 12 tahun.

Jika dos yang diberi tidak mencukupi, kemungkinan demam tidak akan surut. Jika terlebih dos , barulah boleh mengganggu fungsi hati. Oleh itu, diminta ibu bapa mengira dengan teliti serta menggunakan picagari supaya kiraan yang dibuat adalah tepat.

- Galakkan anak minum air dengan banyak



Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.

Jika anak masih kecik, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.

Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas( air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.

Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.

Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak dalam artikel ini. Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/ terus ke hospital untuk rawatan lanjut.

- Berikan suppository paracetamol jika anak muntah



Dalam kes jangkitan virus, anak selalunya akan mengalami rasa loya dan muntah, dan kerap kali tidak dapat menelan ubat yang diberi. Ibubapa boleh menggunakan suppository paracetamol ( ubat berbentuk seperti roket yang dimasukkan ke dalam punggung) bagi menggantikan sirap paracetamol.

Terdapat 2 dos bagi suppository paracetamol iaitu 125 mg dan 250 mg. PASTIKAN dos yang diberi adalah tepat. Amnya, jika anak mempunyai berat 15 kg, paracetamol 125 mg. Jika anak mempunyai berat 20-30 kg, boleh diberi dos 250 mg.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam pemberian suppositoy paracetamol
- oleh kerana ia bukan sirap dan keras, agak sukar memberi dalam dos yang tepat. Sekiranya dipatahkan, tidak semestinya ia tepat.
- penyerapan ubat melalui punggung adalah tidak sekata. Walaupun suhu mungkin turun dengan cepat, ia juga boleh naik semula dengan cepat. Bebarapa kajian menunjukkan sirap Paracetamol yang dimakan dan diproses oleh perut adalah bertindak dalam darah lebih pantas dan lebih stabil dari supp paracetamol.

Atas sebab di atas, penggunaan sirap/ tablet paracetamol adalah lebih digalakkan berbanding suppository. Suppository boleh digunakan jika anak muntah- muntah dan tidak dapat makan ubat.

- Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar

Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak juga lebih selesa.

- Sekiranya telah memberi paracetamol tetapi masih tinggi, ibubapa boleh memberikan ibuprofen sebagai tambahan kepada paracetamol.



Ibuprofen adalah sejenis ubat meredakan radang dari kumpulan NSAIDS. Ianya telah disahkan selamat untuk digunakan untuk kanak- kanak dan bayi berumur 2 bulan ke atas. Ibuprofen diberi 3 kali sehari.

Sekiranya digunakan sebagai tambahan kepada paracetamol, ibuprofen dan paracetamol diberi berselang 6 jam. Ini supaya ubat paracetamol/ ibuprofen sentiasa berada dalam badan tanpa putus. 

contohnya
Pukul 6 pagi- paracetamol
Pukul 9 pagi- ibuprofen
Pukul 12 tgh- paracetamol
Pukul 3 petang- ibuprofen

Dos untuk ubat ibuprofen
Bayi 1-2 tahun: 2.5 ml , 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 3-7 tahun: 5 mL 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 8-12 tahun: 10 mL, 3-4 kali sehari.
Seboleh- bolehnya Ibuprofen diberikan selepas makan tengahari/ malam/ sarapan pagi.


Akhirnya, sekiranya demam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan beliau tidak mengidap masalah jangkitan yang serius dan berbahaya seperti demam denggi atau meningitis( radang pada otak).

SUMBER: http://simanjasihat.wordpress.com/

INFO: 6 Rahsia Rasulullah SAW


  • Hal pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah adalah udara segar di subuh hari.

udara pagi kaya dengan oksigen dan belum terkotori oleh zat-zat lain.
jika tidak bangun di subuh hari, kita menjadi terasa begitu malas untuk beraktiviti.

  • Rasulullah menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut dan giginya.


  • Lepas Subuh, Rasulullah bersarapan dengan segelas air yang dicampur dengan madu asli.

Khasiatnya luar biasa. tersebut Dalam Al qur`an, kata “syifa” / kesembuhan, yang dihasilkan oleh madu ini.

  • menjelang waktu dhuha, Rasulullah akan makan tujuh biji kurma ajwa`/matang.

Sabda baginda, barang siapa yang makan tujuh butir kurma, maka akan terlindungi dari racun. Dan ini terbukti ketika seorang wanita yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah percubaan pembunuhan di perang khaibar, racun yang tertelan oleh beliau kemudian dineutralkan oleh zat-zat yang terkandung dalam kurma.

Bisyir ibnu al Barra`, salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut, akhirnya meninggal.

Tetapi Rasulullah selamat. rahsianya? Tujuh butir kurma!

Mengapa Tujuh? (cuba Baca : misteri Di SeBalik Keistimewaan Angka 7)

  • Menjelang tengah hari, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun.

cuka dan minyak zaitunnya ini akan di disulami makanan seperti roti misalnya.

Manfaatnya boleh mencegah lemah, tulang rapuh di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan.

Ia juga berfungsi untuk menncegah kanser dan menjaga suhu badan di musim dingin.

  • Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah sayur-sayuran.

Beberapa riwayat mengatakan, beliau selalu mengambil al makki dan sanut.

Di mesir, kata Dr. Musthofa, keduanya mirip dengan sabbath dan ba`dunis. Masih tidak kenal juga?

Dr. Musthofa kemudian menjelaskan, secara umum sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi yang sama, iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan melindunginya dari serangan penyakit.

Yang paling penting adalah menghindari isrof, atau berlebihan.

Sabda Rasulullah, “cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya” (al hadis).


- “ghidza`unnabi” oleh Prof. Dr. Musthofa Romadlon

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...