Showing posts with label mencuri. Show all posts
Showing posts with label mencuri. Show all posts

Thursday, 27 February 2014

KOMBEWA: Penjara 3 tahun kerana curi bayi



Kombewa (Kenya) : Sebuah mahkamah Kenya mengarahkan seorang wanita yang mencuri bayi di Hospital Kombewa dipenjara tiga tahun, semalam.

Majistret Angelo Kithinji berkata, Damaris Achieng didapati bersalah kerana mencuri bayi seorang wanita yang baru dikenalinya dalam kejadian bulan lalu.

Fakta kes menyatakan, pada 20 Januari lalu, Damaris yang sarat hamil mengalami kesakitan dan dikejarkan ke hospital daerah Kombewa.

Bagaimanapun dalam perjalanan ke hospital, dia berdepan komplikasi menyebabkan berlaku keguguran.

Keadaan itu menyebabkan dia tertekan.

Dalam keterangannya Damaris berkata, dia tidak sanggup pulang tanpa anak bersamanya.
 
Damaris kemudian berjaya memujuk seorang jururawat untuk membantunya mencuri bayi dari hospital dengan bayaran Sh20,000 (RM764).

Dia diperkenalkan dengan seorang wanita bernama Akinyi yang baru melahirkan anak dan dalam tempoh beberapa hari saja mereka menjadi kawan baik.

Suatu hari ketika Akinyi masuk ke bilik air untuk mandi, Damaris segera melarikan bayi rakannya itu.

Akinyi kemudiannya melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa dan selepas satu bulan pencarian, Damaris ditahan dirumahnya ketika sedang mencuci baju bayi. Bagaimanapun disebabkan tindakannya yang terburu-buru itu, dia tercicir dokumen pengenalan dirinya memudahkan polis untuk mengesan.

Pemeriksaan yang dijalankan ke atasnya mendapati dia tidak pernah melahirkan anak. Dia kemudiannya mengaku telah menculik bayi tersebut kerana menghadapi tekanan daripada suaminya. - Agensi

Friday, 13 December 2013

DALAM NEGARA: ibu tunggal ditangkap mencuri coklat Cadbury

KUALA TERENGGANU ~ Seorang ibu tunggal hanya mampu menangis teresak-esak di kandang mahkamah apabila diminta membuat rayuan sebelum hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 dijatuhkan selepas mengaku bersalah mencuri coklat milik Pasaraya Giant, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Selain itu, Noor Shila Mamat, 28, dari Jalan Kamaruddin, Kampung Banggol, di sini, turut berdepan hukuman penjara selama sebulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Kesemua keputusan itu dibuat selepas Noor Shila mengaku bersalah telah mencuri lima keping coklat Cadbury Cashewnut 175 gram; lima keping coklat Cadbury Almond 175 gram; lima keping coklat Cadbury Mired Nuts 175gram dan lima keping coklat Cadbury Dairy Milk H/Nut Praline 175 gram.

Dia mengaku bersalah mencuri coklat yang bernilai keseluruhan RM150 bersama dengan seorang lagi yang telah dituduh di Pasaraya Giant, Jalan Sultan Mohamad, di sini, pada 6 Febuari 2010 di antara jam lebih kurang 5.35 petang hingga 5.45 petang.

Dengan itu, Noor Shila mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala Noor Shila tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian lebih kurang jam 6 petang, seorang pengawal keselamatan bertugas yang sedang melakukan rondaan telah menerima maklumat daripada salah seorang pekerja memaklumkan terdapat seorang wanita berbaju hijau dan bertudung kuning bersama seorang lelaki telah memasukkan barang ke dalam beg tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.

Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut, pengawal keselamatan itu dengan ditemani salah seorang rakan sejawat terus ke lokasi dimaklumkan sebelum mendapati wanita dimaksudkan telah melalui kaunter tanpa membuat sebarang pembayaran.

Wanita itu ditahan di luar kawasan kaunter pembayaran dan hasil pemeriksaan berjaya menjumpai kesemua jenis coklat yang dicuri, sebelum diserahkan kepada polis.


SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...