Showing posts with label tidur. Show all posts
Showing posts with label tidur. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

INFO: Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala



Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukemia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun diagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukemia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan. Wallahu’alam

Monday, 30 December 2013

INFO: Wanita perlu lebih tidur


New York – Siapa memerlukan lebih banyak tidur, wanita atau lelaki? Penyelidik Amerika Syarikat berkata mereka memiliki jawapannya: Otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas pada siang hari.

Saintis Universiti Duke di North Carolina, mendapati wanita kurang tidur sering mengalami kemurungan dan kerap marah.

Sebaliknya, isu itu tidak menjejaskan lelaki yang tidak mendapat cukup tidur, menurut Science World Report.

Kajian sebelumnya turut mengaitkan faktor kurang tidur kepada risiko penyakit jantung, masalah sakit mental, strok dan radang dalam tubuh.
Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur mendapat radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mereka mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur.

Dr Breus berkata wanita boleh mengelak sesetengah masalah dikaitkan dengan kurang tidur dengan tidur sekejap pada waktu siang.

Bagaimanapun, katanya tidur sekejap ini tidak seharusnya lebih lama daripada 90 minit kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk.

“Satu daripada fungsi utama tidur ialah membenarkan otak pulih dan membaikinya sendiri,” kata Prof Jim Horne, pengarah Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Loughborough.

“Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan.

“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya.


Beliau menambah wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. - AGENSI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...