Moscow - Ancaman pemanasan global, saat
ketinggian permukaan laut dijangka naik secara melampau dan menenggelamkan
sebahagian planet Bumi, menjadi inspirasi syarikat seni bina Rusia, Remistudio
.
Dalam program seni bina pencegahan bencana International Union
of Architects, Remistudio merancang sebuah hotel yang boleh berperanan sebagai
bahtera penyelamat, jika bencana dahsyat berlaku. ianya dikenali sebagai Ark
Hotel. Boleh dibina di laut atau darat.
Ini mungkin kedengaran seperti kisah bahtera Nabi Nuh dan cerita
filem fiksyen sains tahun 1970 - an.
