Monday, 3 February 2014

SHANGHAI: Potong kemaluan kekasih semasa tidur


Shanghai: Seorang wanita di daerah Minhang Khamis lalu memotong kemaluan teman lelakinya kerana mengesyaki dia akan memutuskan hubungan mereka.

Akhbar Internet xinmin.cn melaporkan, wanita berusia 30 tahun itu yang dikenali sebagai Tu, lebih tua sembilan tahun daripada teman lelakinya, Xia.

Kerana keluarga Xia tidak merestui hubungan mereka, lelaki berkenaan mengambil keputusan membeli tiket kereta api untuk dirinya sendiri pulang ke rumah keluarganya.

Xia enggan membawa pulang Tu untuk menemui keluarganya sempena Festival Musim Bunga.

Sebaik mengetahui Xia hanya membeli satu tiket untuk pulang bercuti, Tu menyangka kekasihnya akan memutuskan hubungan dengannya.
  
“Dia mencampurkan dadah dalam minuman Xia menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri di atas katil. Tu kemudian mengambil pisau dan memotong kemaluan Xia,” lapor akhbar itu.

Saksi berkata, lelaki itu tiba di Shanghai No. 5 People’s hospital kira-kira jam 3 pagi dengan ambulans bersama-sama seorang anggota polis yang membawa kemaluannya dalam termos berisi air.

Seorang wanita dipercayai Tu yang berlumuran darah dilihat berbual dengan pegawai perubatan sebelum dibawa menaiki kereta peronda.

Polis dan pihak hospital enggan menyatakan mengenai keadaan Xia.

Yang peliknya, ini bukanlah kejadian pertama seorang wanita mengambil tindakan sebegitu untuk "mengekalkan" perhubungan mereka. - shanghaidaily

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...