Kisah Benar Pengalaman Hj Lokman
Bersihkan Jin Di Kawasan Ayah Pin | Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin
ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau
kita baca kembali untuk buat renungan bersama…
Ramai yang tak tahu kisah benar
bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin.
Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj
Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6
ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1,
bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf,
replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan
sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini
melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat
ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di
negara ini sejak tahun 1970an lagi.
Anggaran jumlah pengikut-pengikut
ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar
negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas
bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang
memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya
pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di
makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari
ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan
Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini
saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan
Langit di Besut itu.
Terlebih dahulu saya ingin
menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak
tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan
untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri
Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang
bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.
Dahulu semasa saya mula-mula
berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang
pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.
Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu
kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman
Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan
benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.
Mengikut katanya sudah banyak
kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu
untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi
mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu
sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri
saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya
untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti
Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu
tenaga pengajar mereka.
Kami berkumpul selepas waktu asar
di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah
yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka
harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan
tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah
semangat atau bermasalah.
Selepas solat magrib dan selepas
makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal
Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut
mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin
telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk
menghalang kami tiba di tempat itu.
Kira-kira dalam 50 km dari
kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis
atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami
menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang
lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya
untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka
boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah
Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh
bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari
Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil
jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.
Kami sampai di Besut dalam jam 2
pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan
dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila
sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis
dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan
di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik
besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun
tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh
pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau
“quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis
dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili
beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu
Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.
Saya memilih dewan perhimpunan
yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya
mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan
itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan
perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak
serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang
mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca
surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya
basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya
berguling-guling di atas lantai dewan itu.
Dengan keizinan Allah swt dan
pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci
Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat
mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan
diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar
kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.
Masa itu sudah hampir waktu
subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang
dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25
tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah
swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan
berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan
solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan
kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami
semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala
Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu
tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua
struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.
Pada hari Isnin, 2 August 2005
tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan
pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang
berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita
sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar
yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya
menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal
Alamin.
Hj. Lokman
Hj. Lokman
19 November 2010
No comments:
Post a Comment