Wednesday 5 June 2013

MALAY SERIES: Misiku Kuza


TAJUK:
Misiku Kuza

BILANGAN EPISOD:
13

EPISODE SEKARANG:
4

SINOPSIS: 

Drama yang mengisahkan dilema cinta tiga segi yang dilalui oleh Khuzaimah atau Kuza (Erin) yang sangat meminati bidang kejururawatan sejak kecil lagi kerana ingin mengikuti jejak langkah arwah ibunya.

Dengan perwatakan yang menarik, sikap Kuza yang ceria dan sentiasa bersemangat membuatkan seorang pesakit di hospital tersebut iaitu Airiel (Hairul) telah jatuh hati kepadanya. Sifat kelakar yang dimiliki oleh Kuza serba sedikit menjadi pengubat duka hati Airiel selepas kehilangan kekasihnya akibat dari kecelakaan jalanraya.

Diterajui oleh tiga pelakon popular tanahair iaitu Arja Lee, Erin Malek dan Hairul Azreen serta diarahkan oleh pengarah hebat, Sharul Ezad, ianya bukan hanya fokus terhadap kisah cinta sahaja sebalik risiko apabila kehidupan di hospital menjadi tunjang utama kepada drama Misiku Kuza.

Ianya jarang untuk para penonton disajikan dengan sebuah kisah di hospital memandangkan tidak banyak ruang boleh diterokai di dalam sebuah hospital, tetapi Misiku Kuza pastinya memiliki kekuatan tersendiri yang pasti memberi mesej mendalam kepada mereka yang menonton. 

Berkonsepkan komedi romantik dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd, Misiku Kuza bakal menampilkan pelbagai kejutan dan adegan-adegan hebat yang pasti memberi kelainan kepada para penonton.


Siapakah yang menjadi jejaka kedua selepas Airiel yang cuba untuk memenangi hati Kuza? Adakah Kuza mampu untuk membuat keputusan tepat demi menjamin masa depannya sebagai seorang jururawat?


DOWNLOAD LINK:

EPISODE 06
EPISODE 07
EPISODE 08
EPISODE 09
EPISODE 10
EPISODE 11
EPISODE 12
EPISODE 13





CREDIT TO:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...