Wednesday, 1 January 2014

CHINA: Kaedah Kejam Untuk Dapatkan Bulu Arnab



China – Pendedahan mengenai industri bulu `angora’ di China amat mengejutkan bagi sesiapa yang menyaksikan imej yang menunjukkan bagaimana bulu tersebut dihasilkan.

Ternyata demi mendapatkan keuntungan, peniaga sanggup menyeksa binatang dengan cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Rupanya peniaga di China menggunakan kaedah yang menakutkan dan keji untuk mendapatkan `angora’ tersebut iaitu arnab.

Binatang tersebut yang masih hidup akan diikat sebelum bulunya ditarik, menyebabkan arnab tersebut berdarah dan ia kemudiannya dibiarkan di dalam sangkar untuk proses pemulihan.




Arnab itu akan dipelihara selama dua hingga lima tahun dan apabila bulunya cukup lebat, barulah proses mendapatkan bulu berkenaan akan dilakukan.

Selepas arnab berkenaan tidak lagi memberikan keuntungan, maka ia akan dibunuh.

Imej tersebut dirakamkan oleh penyiasat PETA di dalam ladang Angora di China.

Ben Williamson, jurucakap PETA, berkata: "Sembilan puluh peratus daripada Angora di dunia datang dari negara China.

"jika anda membeli produk Angora, kemungkinan ia datang dari China.

"separuh daripada ladang-ladang yang dilawati oleh penyiasat Asia kami, mereka melihat bagaimana proses mencabut bulu arnab yang hidup ini berlaku." Kata Bekhechi.

PETA mendakwa negara China tidak mempunyai penalti bagi penderaan haiwan dan tidak ada standard yang menetapkan cara layanan terhadap haiwan.




Peruncit besar British telah dihubungi untuk memberi respons kepada kebimbangan mengenai ladang bulu Angora.

Jurucakap Marks & Spencer berkata: "Kami meletakkan kebajikan haiwan di tengah-tengah perniagaan kami dan komited terhadap piawaian tertinggi dalam semua rantaian penawaran kita, termasuk bulu Angora.

"Sebagai syarat menjalankan perniagaan dengan kami, semua pembekal kami perlu mengikut dasar kebajikan haiwan kami yang ketat."

The Daily Star masih menunggu komen dari lain rantaian tinggi yang lain yang menyimpan produk Angora.




Kumpulan Aktivis berkata haiwan tersebut yang bulu mereka dipotong atau dicukur mereka juga turut menderita, kerana mereka tidak dapat dicederakan oleh peralatan tajam.

Walaupun mereka berjaya untuk terus hidup daripada trauma, lama-kelamaan leher arnab tersebut mulai patah, mati dan daging arnab akan dijual.

Kumpulan itu menggesa Brits untuk menjauhi produk Angora pada perayaan Krismas ini, dalam usaha untuk menghentikan amalan menakutkan itu.




“PETA ingin merayu kepada pembeli terutama menjelang cuti perayaan Krismas. Tolong baca label pada baju sejuk atau skarf anda, jika ia tertulis `angora’ maka tolong jangan beli atau letakkan semula pada rak,’’ kata PETA UK Pengarah Bersekutu Mimi 

INFO: Bisikan Hati Ketika Berwudhu



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu:
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita setiap hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah (cerahkanlah) muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4.. Ketika membasuh tangan kiri*, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindungilah diriku daripada terik matahari di padang Mahsyar dengan naungan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Setiap hari mendengar orang mengumpat, menguruk, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di bawah kuasa Allah (bukan di tangan Allah)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...