Monday, 7 October 2013

LUAR NEGARA: Mengandung selepas berhenti makan roti

luar negara, mengandung, makan roti, Mengandung selepas berhenti makan roti, IVF, Julie Cummings, Bromsgrove, Worcestershire, persenyawaan tabung uji, Candida Albicans, yis
LONDON 5 Okt. - Seorang wanita Britain yang mencuba pelbagai kaedah selama lima tahun untuk mendapat anak, akhirnya dikurniakan cahaya mata selepas dia berhenti makan roti.

Julie Cummings, 37, dari Bromsgrove, Worcestershire berkata, pada mulanya dia mengambil pil kesuburan selama dua tahun, tetapi masih gagal untuk mengandung.

Dia dan suaminya, David, 50, membuat keputusan untuk melakukan persenyawaan tabung uji (IVF) dan dia mula berhenti makan makanan yang mengandungi kandungan yis yang tinggi.





Namun, beberapa minggu sebelum memulakan prosudur itu, dia telah disahkan mengandung.

"Sebelum menjalani IVF, saya dinasihati oleh pakar makanan supaya berhenti makan makanan yang mempunyai kandungan yis yang tinggi dan mengamalkan gaya hidup sihat.

"Bagi tujuan itu, saya berhenti makan kentang, roti bawang putih serta roti bakar dan hanya makan sayur-sayuran, buah-buahan, selain makanan tambahan" katanya.

Cummings yang berkahwin dengan David pada 2005, akhirnya mengandung dan selamat melahirkan cahaya mata pada Januari 2011.

Menurutnya, sebelum ini dia disahkan dijangkitan kulat yang dikenali sebagai Candida Albicans kerana pengambilan makanan mengandungi yis, yang mengagngu kitaran haidnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...