Tuesday, 29 October 2013

LUAR NEGARA: Warga Emas 90 Tahun Didesak Kahwin

Warga Emas 90 Tahun Didesak Kahwin - ‘BERTUAH’ sungguh nasib seorang lelaki warga emas di Riyadh apabila terpaksa melangsungkan perkahwinan selepas isterinya meninggal dunia awal tahun ini.

Fatees Al Thaqafi, 90 didesak oleh anak-anaknya kerana mahu memenuhi wasiat ibu mereka yang mahu bapa mereka mencari isteri baru bagi menjaganya.

Selepas hampir tiga bulan mencari, mereka akhirnya menemui calon isteri berusia 53 tahun untuk dijodohkan dengan bapa mereka.

Wanita yang juga balu tanpa anak itu akhirnya dinikahkan dengan Fatees di Taif dengan menerima wang hantaran sebanyak RM21,000.

LUAR NEGARA: Tradisi Kemboja Memilih Lelaki Sebelum Berkahwin!

Ketika seorang gadis sudah memasuki usia 15 maka orang tua mereka membangunkan sebuah ‘Pondok Cinta’ untuk menghabiskan malam dengan remaja lain dari komuniti mereka. Itulah sebuah tradisi khusus dari Suku Kreung di Kemboja.

Kreungs adalah suku terpencil bertapak di timur laut Kemboja yang sangat liberal dan terbuka dalam hal berkenaan seksual. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan membangunkan sebuah ‘Pondok Cinta’ kecil dan menyuruh anaknya bertemu remaja lelaki dan menghabiskan malam mereka sehingga bertemu cinta sejatinya dengan siapa yang mahu menngahwininya.
Mereka percaya ini adalah cara terbaik untuk mencari suami terbaik untuk anak perempuan mereka yang mereka anggap akan menjadi pasangan sempurna. Mereka percaya,melalui cara ini , hubungan akan bertahan lama dan penuh dengan kasih sayang. Gadis Kreung yakin tentang seksual, mereka akan tahu bagaimana menghadapi lelaki. Mereka tahu apa yang mereka inginkan ketika menjalin hubungan dengan lelaki.

Begitulah tradisi cara bagaimana Kreungs menangani remaja perempuan mereka. Menurut mereka, di zaman moden di mana perceraian dan pemerkosaan terlalu parah dalam masyarakat barat, komuniti khusus Kreungs ini tidak pernah mengalami perceraian dan pemerkosaan seperti itu dalam masyarakat mereka. Kini di wilayah ini, menyebarkan kesedaran tentang seks yang selamat , ialah dengan menggunakan kondom.
Nang Chan adalah seorang gadis remaja berusia 17 tahun sekarang tinggal di sebuah pondok cinta di halaman belakang rumah orangtuanya. Mari kita lihat pandangannya tentang pondok cinta ini :

“Pondok-pondok itu memberikan kami kebebasan dan adalah cara terbaik di mana kami dapat menjelajahi kekasih sejati kami.

“Ketika remaja lelaki datang untuk menghabiskan malam dengan saya.. Saya tidak ingin mereka menyentuh saya, maka mereka tidak akan lakukan. Kami hanya bercakap-cakap dan tidur. Jika saya bertemu beberapa lelaki, dan kami berdua saling mencintai, maka saya akan lakukan ‘hubungan intim’ dengannya di pondok saya.
“Tetapi jika saya berhenti mencintai dia dan menemui remaja lain yang saya lihat lebih menarik, maka saya akan berhenti melakukan seks dengan teman saya sebelumnya. Saya pindah ke pondok saya ketika berusia 15 tahun.. masa itu saya telah memiliki empat teman lelaki.

“Saya tak mengira, berapa banyak lelaki lain datang tinggal di malam hari dengan saya. Ada dua atau tiga buat masa ini. Saya rasa tidak ada kewajipan untuk melakukan seks dengan lelaki, hanya kerana dia tidur di samping saya. Kami perempuan, sangat teguh memegang pendirian untuk membuktikan cinta sejati mereka sebelum keintiman terjadi.
“Saya risau tentang kehamilan yang tidak kami inginkan. Tetapi orang tua telah jelas mengajar bagaimana menghindarinya dan memiliki seks hanya dengan lelaki yang benar-benar kita cintai. Jika seorang gadis hamil hasil daripada seseorang yang tidak mencintainya, tetapi ada jejaka lain mencintainya, maka dia akan mengahwini gadis itu dan tetap mengambil bayi sebagai miliknya.


SUMBER: beritamyon9
 

DALAM NEGARA: Intipati Bajet 2014 - “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”


LUAR NEGARA: Dinosaur bersaiz besar kerana miliki sendi lembut

NEW JERSEY 27 Okt. - Satu kajian mendapati, dinosaur mempunyai saiz badan yang lebih besar berbanding mana-mana mamalia kerana haiwan purba tersebut memiliki sendi yang lembut.

Sekumpulan saintis dari Kolej Richard Stockton di New Jersey mendapati, dinosaur mempunyai lapisan rawan tambahan yang menyambungkan tulang sehingga membolehkan rangka mereka mampu menampung berat badan yang besar.

Saintis juga percaya rahsia di sebalik keupayaan dinosaur membesar bukan kerana tulang semata-mata, tetapi disebabkan oleh sendi di antara tulang.

Hasil kajian dan perbandingan yang dijalankan ke atas beberapa haiwan mamalia, reptilia dan burung dengan dinosaur mendapati, tulang mamalia menjadi semakin membulat di hujung bagi menampung berat badannya tanpa meletakkan terlalu banyak beban pada tulang.

Ketika tulang semakin melebar, rawan meregang keluar daripada lapisan nipis tulang, sekali gus membolehkan haiwan tersebut mengimbangi berat badannya.

Sementara itu, bagi reptilia yang dikatakan berasal keturunan dinosaur, tulang haiwan tersebut akan mengembang secara luas dan mendatar ketika berat badan serta saiznya semakin membesar.

Reptilia turut mempunyai rawan berlapis yang menjadikan sendi mereka lebih lembut.

Sendi yang lembut bukan sahaja dapat menampung berat badan yang lebih besar, tetapi juga mampu menanggung tekanan.

Ketua penyelidikan, Matthew Bonnan berkata, dinosaur boleh membesar bukan kerana tulang rawan semata-mata, tetapi disebabkan oleh tulangnya yang ringan dan dipenuhi udara serta memerlukan kurang sokongan berbanding tulang mamalia yang lebih kukuh.

AGENSI

DALAM NEGARA: subsidi gula dimansuhkan

Syarikat taikun gula termasuk Central Sugar yang dimiliki jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, boleh mencapai keuntungan hampir RM1bilion ekoran penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata ekoran penghapusan subsidi itu juga, industri gula itu akan dimonopoli satu lagi syarikat, Malaysian Sugar Manufacturing, yang dimiliki Felda Golbal Ventures.

Membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun dan pada kebiasaannya keuntungan sebelum cukai syarikat gula adalah sekitar sembilan peratus.

"Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15 peratus.

"Dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini, dijangka melonjak ke 20 hingga 25 peratus, dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli oleh kedua syarikat ini," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mempersoalkan mengapa syarikat korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula, sedangkan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang makanan itu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat lalu, mengumumkan penghapusan sebanyak RM551.25 juta subsidi gula dalam Bajet 2014 dan menyebabkan kenaikan harga gula sebanyak 34 sen bagi sekilogram.

'SEGAN' UMUM PENGURANGAN SUBSIDI MINYAK MASAK

Sehubungan itu, Anwar mencadangkan supaya liberalisasi gula dilakukan untuk mengelakkan monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pengurangan subsidi dengan kemasukan syarikat-syarikat pembekal baru.

Dalam perbahasannya juga, Anwar turut membidas berhubung pengurangan subsidi sebanyak RM505.356 juta untuk minyak masak melalui Skim Penstabilan Harga Minyak Masak oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Anwar mempersoalkan mengapa Najib dalam ucapan bajetnya "segan" mengumumkan kenaikan minyak masak yang hampir sama dengan pengurangan subsidi gula yang dihapuskan.

"Kita sedia maklum, bahawa syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan yang banyak kerana syarikat-syarikat ini memiliki ladang-ladang kepada sawit yang banyak.

"Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak? Di dalam keadaan semasa, di mana pengeluaran minyak mentah kelapa sawit dunia berada pada tahap yang tertinggi," katanya.

Dengan memberi contoh, Anwar berkata negara Indonesia telah memperuntukkan subsidi minyak kelapa sawit (CPO) sebanyak dua liter kepada setiap isi rumah dan juga subsidi biofeul.

"Mengapa kerajaan Malaysia tidak pilih inisiatif sebegini untuk mengeluarkan CPO yang berlebihan sebaliknya membebankan rakyat dengan harga minyak yang bakal dinaikkan?

"Jelas apabila dilihat kepada pengurangan subsidi bahan makanan seperti gula dan minyak masak ini, yang rugi dan terus dibebankan adalah rakyat. Sebaliknya korporat-korporat besar terus dibelai dan dilindungi daripada kerugian," katanya.

LUAR NEGARA: telefon pintar LG dengan paparan melengkung, G Flex

SEOUL: LG Electronics Inc melancarkan telefon pintar dengan paparan melengkung, G Flex, hari ini.

Paparan melengkung menjadi aspirasi utama dalam strategi inovasi LG mendepani pesaing seperti Apple Inc dan Samsung Electronics Co. Ini selari dengan sasaran firma mengekalkan kedudukan dalam segmen telefon pintar mewah.

Paparan G Flex sebesar 6.0 inci mempunyai keluk mendatar sedikit. Ini membolehkan genggaman lebih selesa daripada model skrin rata yang lain di pasaran.

Telefon baru itu akan pada mulanya hanya tersedia di Korea Selatan dan tiada keputusan telah dibuat kira-kira menjualnya di pasaran lain.

Paparan melengkung membuka ruang untuk rekaan boleh dilentur akhirnya mengubah pasaran telefon pintar mewah yang berhadapan keadaan pasaran semakin perlahan di tengah-tengah saingan daripada pengeluar peranti dengan kos rendah.

LUAR NEGARA: 20 Tahun Diperkosa Bapa Tiri, Lahir 10 Anak!

Buenos Aires: Seorang lelaki dituduh mengurung dan merogol anak tirinya sepanjang 20 tahun lalu hingga mangsa melahirkan 10 anak.
Mangsa yang kini berusia 35 tahun memberitahu mahkamah di Santiago Del Estero, dia mula diperkosa bapa tirinya ketika berusia 14 tahun.

“Dia mula merogol saya ketika saya berusia 14 tahun. Saya membantunya di bengkelnya tetapi dia merogol saya. Saya melahirkan anak pertama pada usia itu juga,” kata mangsa.

Wanita itu juga memberitahu, dia sering dipukul sebelum dirogol. “Dia merogol saya tidak kira tempat. Di ladang, di bengkel, dalam semak,” katanya Lelaki berkenaan yang dinamakan mahkamah sebagai ‘Orang Tua’ ditangkap baru-baru ini.

Hakim Maria Rosa Falco mengarah kes itu disiasat, termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan bapa kanak-kanak berkenaan.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, mangsa turut memberitahu bahawa ibunya tahu segala-galanya mengenai kejadian itu.

“Saya menceritakan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak bertindak. Dia takut dipukul oleh lelaki itu,” kata mangsa.

Ibu dan seorang adiknya turut hadir di mahkamah.
Menurut wanita itu, dua daripada anaknya mati dan dikebumikan berhampiran rumah mereka.

DALAM NEGARA: Asam Pedas Madu Tiga


Johor Bahru: “Kedua-dua cawangan gerai asam pedas diberi nama Gerai Asam Pedas Madu Tiga, hasil idea isteri pertama yang merasakan nama itu unik, menggambarkan kehidupan saya bersama tiga isteri.

“Alhamdulillah, bukan saja kehidupan bersama tiga isteri dan 11 anak bahagia, malah kehidupan kami kini semakin stabil berkat perniagaan yang dijalankan,” kata Nor Yunos Gareng, 67.

Beliau berkata, dia menjalankan perniagaan asam pedas sejak enam tahun lalu bermula dengan gerai pertama di Pekan Nenas, Pontian yang kini diuruskan isteri kedua Trisunarti Ningsih, 53, dan ketiga Mursita Herman, 40.

Gerai asam pedas kedua di Kulaijaya yang dibuka pada empat tahun lalu pula diuruskan isteri pertama Sarah Sirat, 64.

“Sejak kecil saya kerap ke dapur membantu ibu memasak dan daripada situ saya mempelajari pelbagai resipi masakan.

DALAM NEGARA: Wanita Kantoi Larikan Duit RM18,850

Ipoh: Seorang wanita dipercayai melakukan kegiatan penipuan menggunakan pelbagai taktik, terutama kononnya menjual barangan berjenama bebas cukai dengan tawaran harga murah, akhirnya tumpas selepas hampir setahun diburu polis.
Wanita tempatan berusia 47 tahun itu disyaki menipu sekurang-kurangnya empat mangsa di negeri ini bermula Januari lalu yang membabitkan kerugian RM18,850 dan berjaya ditahan hasil serbuan polis di Taman Politeknik, Port Dickson, Negeri Sembilan, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Superintendan Maszely Minhad berkata, wanita terbabit menggunakan modus operandi menawarkan barangan bebas cukai kastam seperti komputer riba, telefon pintar, barangan elektrik dan motosikal berkuasa tinggi kepada mangsa melalui panggilan telefon.
Menurutnya, suspek turut menawarkan untuk dapatkan lesen stesen minyak dengan mendakwa mempunyai ‘orang dalam’ di agensi tertentu.

“Antara mangsanya adalah peniaga wanita berusia 44 tahun yang ditipu pada 29 Januari lalu, apabila dia dihubungi suspek yang menggelar dirinya sebagai Salina dan menawarkan barangan bebas cukai kastam iaitu komputer riba dan i-Pad.

“Mangsa yang terpedaya kemudian setuju membeli barangan itu serta memasukkan wang RM7,000 ke dalam akaun bank suspek, namun suspek gagal dihubungi beberapa hari kemudian,” katanya.

“Seorang lagi wanita, pekerja kilang berusia 26 tahun berasal dari Kampung Cegar, Bidor, dekat sini, menjadi mangsa selepas ditawarkan barangan komputer riba, pencetak, Samsung Galaxy Tab dan televisyen dengan harga RM1,850 pada Jun lalu, tetapi perkara sama berlaku selepas mangsa memasukkan duit ke dalam akaun suspek,” katanya di sini, semalam.

Maszely berkata, dua lagi mangsa adalah lelaki di mana seorang ditawarkan membeli motosikal berkuasa tinggi dengan harga serendah RM1,500 selain hanya perlu menambah bayaran cukai jalan bernilai RM3,600.
“Seorang lagi mangsa lelaki yang juga anggota tentera diperdaya dengan suspek memperkenalkan diri sebagai Salina Pegawai Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, dan mendakwa abangnya pegawai pelesenan syarikat minyak terkemuka dan menawarkan untuk dapatkan lesen stesen minyak kepada mangsa dengan harga RM4,900,” katanya.

Katanya, hasil siasatan dan risikan berdasarkan laporan yang diterima daripada semua mangsa, suspek berjaya ditahan jam 2.30 petang Khamis lalu di Port Dickson dan suspek kini direman empat hari bermula semalam (kelmarin) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Menurutnya, mana-mana individu yang pernah ditipu suspek menggunakan taktik sama diminta menghubungi balai polis berhampiran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...