Saturday 24 August 2013

LIFE: Catatan emas oleh doktor pakar bius dari Medan Rabaah

HOSPITAL MEDAN RABAAH
Sebagai salah seorang peserta demonstrasi yang telah biasa berkhemah di Rabaah, saya memang berada di situ sejak Rabu pagi. Seawal jam 6 pagi, arahan dikeluarkan kepada semua agar meninggalkan khemah dan berada di dataran, dan sudah ada tanda-tanda kecemasan. Sekitar jam 6.30 pagi, saya mula mengalami masalah dengan isyarat talian internet menyebabkan saya termangu-mangu, dan ketika saya tiba di belakang “Tiba Mall” jam 6.40 pagi, barulah saya menyedari serangan telah bermula dengan lontaran bertalu-talu gas pemedih mata yang dilontarkan tepat ke tengah-tengah kawasan di mana peserta demonstrasi aman duduk.
Dalam tempoh beberapa minit, saya dapat melihat mangsa pertama dilumuri darah dari luka yang parah di tangan yang kelihatannya telah melibatkan sebahagian besar otot tangan kanannya. Sebagai pakar bius dan pakar perubatan kecemasan (critical care physician), saya mengambil keputusan untuk menawarkan diri bertugas di hospital Medan Rabaah sejak awal perhimpunan diadakan, iaitu selepas Presiden Morsi digulingkan.
Hospital medan agak tersusun. Ia barangkali telah belajar daripada dua episod pembantaian lepas. Walaubagaimanapun mangsa bertali arus masuk dan dengan segera, keadaan menjadi kelam kabut. Saya tidak merasai sendiri pengalaman ketika pembantaian “Republican Guards’ atau pembantaian Al-Azhar, maka saya berasa sangat terkesan melihat betapa ramainya mereka yang mengalami kecederaan pada hari ini.
Dalam masa kurang dari 3 jam, hospital dan ruang-ruang dewan berhampiran hampir penuh dengan mayat dan mereka yang cedera. Kecederaan yang dialami adalah sama ada dari peluru tabur (birdshot) kepada peluru hidup (live bullet). Kebanyakan luka dari peluru hidup dijumpai di bahagian atas badan dengan sebahagian besarnya di kepala dan leher yang langsung mengakibatkan kematian.
Sekitar jam 10-10.30 pagi, gas pemedih mata mula dilemparkan ke arah hospital, menyebabkan udara sekitar amat melemaskan dan semua kakitangan hospital mula memakai topeng mulut. Oleh kerana saya tidak berdaftar di hospital tersebut, saya tidak mempunyai bekalan topeng. Sukar bernafas, saya tinggalkan aras pertama, aras di mana pesakit diterima, dan cuba naik ke aras kedua untuk mencari topeng tersebut di bilik bekalan.
Di aras kedua, saya terjumpa sebuah bilik di mana kaum ibu membawa anak-anak kecil mereka berlindung dari asap pemedih mata yang cukup pekat itu. Saya akhirnya hanya menjumpai topeng biasa dan bukan topeng yang dapat melindungi dari asap pemedih mata.
Saya menyambung tugas membantu mangsa-mangsa baru yang tiba di hospital, tetapi keadaan semakin teruk dengan pertambahan jumlah mangsa. Ini termasuk kes-kes yang parah, asap pemedih mata (saya mendapat tahu kemudiannya botol gas ini dilemparkan dari atas oleh helikopter). Bunyi tembakan juga semakin hampir dengan hospital.
Jam 12.00 tengahari, terdapat arahan untuk mengosongkan hospital kerana terdapat kebimbangan serangan di situ. Semua staf di arah menyorokkan tag pengenalan identiti perubatan mereka, menyorokkan kot putih atau sarung tangan bagi mengelakkan tangkapan atau soal siasat.
ARAHAN MENINGGALKAN HOSPITAL
Saya meninggalkan hospital tersebut dan melintasi satu dewan yang dipenuhi mayat-mayat mangsa serangan, dan kemudiannya melalui satu dewan lain yang penuh juga dengan mereka yang tercedera yang dikategorikan sebagai kurang teruk (apabila saya maksudkan kurang teruk, ini hanyalah bermaksud mereka ada beberapa jam untuk mengharungi kecederaan tanpa pemerhatian rapi, tapi sebenarnya, dalam keadaan normal, mereka adalah pesakit yang memerlukan pembedahan segera).
Hati saya sangat tersentuh tatkala saya melihat senario wanita dan orang tua yang hanya mampu menangis di samping anak-anak atau saudara mereka yang tercedera kerana memang tidak ada siapa yang dapat menolong mereka di tengah-tengah serangan berdarah ini.
Saya berdiri di sebuah koridor di belakang hospital, yang berdekatan dengan Masjid Rabaah. Di sini juga beberapa mangsa di kalangan pemprotes berlindung setelah mereka tiada lagi tempat di hospital. Salah seorang dari mereka yang cedera (ditembak di kaki) berkata kepada saya “Dr, kenapa berdiri sebegini? Pergilah dan pindahkan atau tolong pesakit lain”. Saya berasa sangat simpati kepada anak muda ini, yang tidak pedulikan kecederaan dirinya sendiri sebaliknya memikirkan sahabat-sahabat lain di tengah-tengah serangan berdarah ini.
Saya sendiri tidak tahu hendak ke mana setelah arahan mengosongkan hospital, jadi saya terus berlindung di situ, hampir dengan masjid di mana wanita dan orang tua berada. Bunyi tembakan peluru bersambungan dan semakin dahsyat, asap terus memenuhi ruang. Selepas beberapa minit saya lihat gas pemedih mata menguasai koridor di mana saya berdiri tadi, saya teringatkan pemuda yang menegur saya tadi dan yang lain yang tercedera, adakah mereka sempat dipindahkan atau tidak? Orang ramai mengipas-ngipas ruang udara mereka dengan baju dan kain untuk cuba mengusir asap dan bau yang cukup melemaskan itu.
HOSPITAL DI RABAAH
Selepas sejam, saya berjumpa seseorang dari hospital medan tadi, dan dia memberitahu sebuah hospital dari badan kebajikan Rabaah telah dibuka untuk menerima pesakit. Saya segera ke situ dan segera bertugas kembali, saya merasakan sedikit lega kerana dapat bekerja di hospital sebenar, apatah lagi sahabat-sahabat sekerja saya berjaya mendapatkan bekalan perubatan dari hospital medan tadi. Kami mula bekerja dan saya gembira kadar mangsa baru yang datang berkurang. Saya mula terfikir yang tentera telah memberhentikan serangan mereka.
Saya mula bekerja dengan kes yang ada dengan sepenuh kemampuan saya. Ada beberapa kes yang teruk. Salah satu daripadanya adalah kes seorang wartawan asing (saya diberitahu bahawa mereka dari Sky News) telah ditembak di bahagian bawah dada, mengalami pendarahan yang banyak sehingga beliau kelihatan pucat. Saya sempat memberitahu rakan-rakan wartawan tersebut yang sahabat mereka memerlukan pembedahan segera (hanya beberapa minit kemudian, saya telah tidak dapat menemukan mereka, dan tidak tahu sama ada sahabat mereka terselamat atau tidak). Namun saya sempat berpesan kepada kumpulan wartawan ini, jika mereka boleh memberitahu dunia, untuk menyeru tentera supaya jangan mensasarkan hospital dengan serangan peluru hidup dan gas pemedih mata.




SNIPER MENSASARKAN HOSPITAL
Dalam keadaan yang agak aman ini, saya turun ke aras bawah tanah untuk cuba merehatkan diri, tapi nasib saya, saya terjumpa dua orang yang kebetulan dari kampung halaman saya. Mereka bertuah kerana hanya cedera dengan tembakan di kaki dan di betis, dibandingkan dengan kes-kes di luar sana.
Saya kemudiannya melakukan bantuan kecemasan resusitasi (CPR) kepada seorang mangsa lain, malangnya tidak berjaya menyelamatkan beliau. Saya cuba membantu pasukan perubatan untuk memindahkan jasad beliau, tapi kami diberitahu bahawa peti penyejuk tempat simpanan mayat telah pun penuh dengan lebih 40 mayat, dan diarah membawa mayat tersebut ke tingkat 3. Saya amat terkejut melihat dewan di tingkat 3 juga penuh dengan 30-40 mayat.
Saya meletakkan jenazah ke satu bahagian di situ, dan turun ke tingkat bawah, hanya untuk kemudiannya diberitahu bahawa pintu masuk ke hospital sekarang adalah di bawah ‘ehsan’ seorang penembak tepat (sniper) yang akan menembak sesiapa sahaja yang cuba masuk ke hospital.
Satu pemandangan yang memilukan melihat orang ramai berlari membawa sama ada bekalan hospital, ataupun mangsa yang tercedera, dengan susah payah mengelakkan diri dari sniper yang juga mensasarkan tembakannya hatta  kepada mereka yang cuba mengintai di balik tingkap hospital.
Tidak berapa lama kemudiaan, tembakan sniper itu mengenai kaca tingkap yang pecah berderai. Jam 3 petang, keamanan yang kami nikmati seketika hancur dengan ramai lagi mangsa dibawa ke hospital dengan kecederaan yang lebih parah daripada apa yang dilihat di sebelah pagi tadi. Saya melihat mangsa yang berkecai kepalanya dan bersepai tisu otak di atas lantai. Saya juga melihat mangsa dengan tembakan yang disasarkan tepat mengenai kepala dan leher, ditembak sniper.
Jam hanya menunjukkan jam 4 petang, apabila lantai di aras bawah tanah dan tingkat satu telah mula penuh dengan mereka yang tercedera dan terkorban. Saya tahu, di aras lain pun keadaannya serupa. Terdapat beberapa ambulan yang cuba memindahkan pesakit dari pintu belakang, tetapi dengan kecederaan parah mangsa-mangsa yang ada, saya rasa mereka hanya dapat memindahkan sekitar 5% sahaja dari keseluruhan yang memerlukan pembedahan. Keadaan semakin teruk, kami tidak dapat merawat semua kes yang baru tiba. Kami hanya memikirkan kes-kes yang mempunyai peluang cerah untuk hidup walaupun bilangannya sedikit.
Lantai dilumuri darah, dan pesakit baru terpaksa dibawa merentasi mereka yang lain yang telah ada di atas lantai. Saya bekerja seperti sebuah mesin, dan tidak percaya saya masih hidup melihat perkara ini terjadi di negara saya sendiri. Saya pernah menjadi sukarelawan di hospital lapangan di Dataran Tahrir pada tahun 2011, tetapi tiada yang dapat dibandingkan dengan pembantaian Rabaah ini. Saya sehinggakan tidak sempat mengambil gambar pesakit atau dokumen mereka kerana terlalu sibut menyelamatkan nyawa.
Bau kematian berada di mana-mana, dan baju saya basah dilumuri darah. Saya terpaksa menulis sebuah buku jika harus menceritakan semua pesakit yang saya rawati.
POLIS MENYERANG HOSPITAL
Jam 5 petang, peluru sekali lagi menghujani pintu, dan meranapkannya sama sekali. Bunyi tembakan semakin dekat dan bingit. Setengah jam kemudian, tembakan dilepaskan ke Jabatan Kecemasan yang dipenuhi dengan pasukan perubatan dan mangsa.
Ketakutan menyelubungi hospital dan semua orang seperti terperangkap di tempat sendiri. Sepuluh minit kemudian, pegawai polis memecah masuk ke hospital. Mereka berbadan besar dan memakai pakaian khas berwarna hitam dengan senjata api besar, yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Mereka mengarahkan semua orang meninggalkan hospital.
Perdebatan tercetus di antara kami tentang apa yang kami perlu buat dengan ratusan yang lain yang tercedera yang masih hidup di hospital, dan adakah kami dapat mempercayai polis-polis ini, namun apabila seorang polis masuk ke ruangan di mana kami berada, seorang demi seorang mula beredar.
Ketika mula beredar, saya memberitahu seorang polis, yang masih terdapat mereka yang tercedera di hospital itu. Dia menjerkah saya berkata “Biarkan mereka mati! Biarkan mereka mati!” dan berjalan ke arah saya dengan senapang yang besar itu, seakan ingin menyerang saya. Nasib baik, saya sempat lari menerusi pintu kaca yang pecah ketika dia sibuk dengan mereka yang lari ke arah berlawanan.
POLIS MEMBAKAR HOSPITAL
Di luar hospital, keadaanya lebih mengerikan, mayat-mayat di atas jalan, dan tembakan di sana sini. Kami berjalan di sepanjang tembok dengan tembakan demi tembakan dan saya tidak tahu jika orang di belakang saya terbunuh atau tidak. Saya berjalan terus ke jalan berhampiran, risau jika saya ditembak atau ditangkap, tapi nampaknya polis sibuk dengan saki-baki pemprotes di tempat protes tadi.
Saya toleh ke belakang dan lihat asap tebal, setelah mereka membakar hospital dalam keadaan masih ramai orang di dalam, mayat-mayat dan mereka yang tercedera yang tidak dapat meninggalkan hospital.
Sehingga saat ini, saya tidak dapat melupakan kes terakhir saya, seorang tua yang datang setelah ditembak di kepala, tetapi beliau masih hidup. Beliau ditemani oleh anak saudaranya yang berumur antara 15-16 tahun. Saya lakukan bantuan kecemasan , memasukkan tiub intubasi (intubation) dan meminta anak saudaranya mengepam udara masuk ke ruang pernafasan menggunakan pengepam (ambu-bag breathing). Dalam perjalanan keluar, saya masih terlihat riak wajah tak berdaya remaja ini memohon pertolongan dari kami untuk bapa saudaranya. Bapa saudaranya mungkin terbunuh dengan terbakarnya hospital, tapi saya tidak tahu nasib remaja ini.
Saya berjalan keluar, berfikir, adakah spesies manusia yang menyerang kami, atau bukan. Segala tembakan adalah untuk membunuh, dan segala keceraan adalah di luar imaginasi. Saya tidak mahu percaya bahawa saya telah hidup melihat penduduk Mesir terbunuh di jalan-jalan dan hospitalnya dibakar, dengan pesakit masih di dalamnya.
Jika ini berlaku kepada kita, oleh mereka yang juga kaum Mesir yang sepatutnya melindungi kita, apa akan terjadi jika kuasa asing menyerang negara kita? Saya menulis setiap baris ini dan saya masih tidak mempercayainya. Saya berharap semua ini adalah mimpi ngeri yang saya akan terjaga darinya.
Coretan ini ditulis oleh Dr Islam Abdel Rahman, doktor pakar bius (anesthetist).

Medan Rabaah.

9.44pm, 15 Ogos 2013.
Telah diterjemah oleh Dr Rafidah Hanim Mokhtar.



Friday 16 August 2013

LIFE: Sony QX10 dan QX100, Kamera Sambungan Untuk Android dan iOS


Bulan lepas, SonyAlphaRumors melaporkan bahawa Sony sedang membangunkan kamera Carl Zeiss dengan sensor 20.2 megapiksel yang boleh disambungkan kepada peranti Android dan iOS menggunakan Wifi atau NFC. Hari ini, lebih banyak bukti mengenai perkara ini timbul, disertakan dengan gambar media.

“Gambar yang anda lihat ini adalah lens DSC-QX10 dan DSC-QX100. Ini bukanlah lens yang biasa, ia mempunyai sensor terbina dalam, cip-pemprosesan, Wifi, NFC dan slot memori kad. Lens-lens ini tidak mempunyai skrin dan butang-butang kamera biasa. Anda boleh mengawal lens ini menggunakan peranti Android atau iOS”

Laporan tersebut memberitahu Sony akan melancarkan dua model, satunya menggunakan sensor yang sama dengan RX100MII dan lens Carl Zeiss, manakala satu model lagi mempunyai 10x zoom dengan sensor CMOS 18 megapiksel. Kedua-dua model ini akan menyokong Android dan iOS.







Anda boleh menyambung lens tersebut kepada peranti anda dan ada juga laporan yang mengatakan lens ini boleh digunakan sendiri tanpa peranti. Sony akan mengeluarkan aplikasi untuk Android dan iOS bagi mengawal lens ini sepenuhnya.


Sony dijangka akan memperkenalkan kedua-dua lens ini kepada umum pada 4 September ini, bersama-sama dengan smartphone terbaru mereka, Sony Honami.



LIFE: AWAS!!!...Jangan sesekali menjilat pelekat sampul surat


Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk pelekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. 

Tetapi setelah hari berganti hari. Bengkak pada lidah wanita tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya. Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjol pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.




Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN. Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan di dalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”
“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”

Tuesday 13 August 2013

LIFE: "If Fire was Water" "jika api adalah air"









credit to funonthenet


Friday 9 August 2013

LIFE: Eight Special Gifts

FIRST:
THE GIFT OF LISTENING
But you must REALLY listen. No interrupting, no daydreaming, no planning your response. Just listening.

SECOND:
THE GIFT OF AFFECTION
Be generous with appropriate hugs, kisses, pats on the back and handholds. Let these small actions demonstrate the love you have for family and friends.

THIRD:
THE GIFT OF LAUGHTER
Clip cartoons. Share articles and funny stories. Your gift will say, "I love to laugh with you."

FORTH:
THE GIFT OF A WRITTEN NOTE
It can be a simple "Thanks for the help" note or a full sonnet. A brief, handwritten note may be remembered for a lifetime, and may even change a life.




FIFTH:
THE GIFT OF A COMPLIMENT
A simple and sincere, "You look great in red," "You did a super job" or "That was a wonderful meal" can make someone's day

SIXTH:
THE GIFT OF A FAVOR
Every day, go out of your way to do something kind.

SEVENTH:
THE GIFT OF SOLITUDE
There are times when we want nothing better than to be left alone. Be sensitive to those times and give the gift of solitude to others.

EIGHTH:
THE GIFT OF A CHEERFUL DISPOSITION
The easiest way to feel good is to extend a kind word to someone, really it's not that hard to say, "Hello" or "Thank you."


CONTEST: "Malaysia Day" by Berjaya Hotels & Resorts


CONTEST PERIOD:
  • 5 Aug - 16 Sept 2013

HOW TO PARTICIPATE:
  • Login to Facebook.com/BerjayaHotelsResorts
  • 'Like' BHR page
  • Shoot a video and tell us "What Malaysia means to You" with maximum duration of 20 seconds.
  • Submit both video and online registration form. Fill-in our online registration form and attach your video before clicking on the 'Submit' button.
  • Once we have uploaded your video on pur page's timeline, do not forget to 'Share' it on yours.
  • Videos can be uploaded in English, Malay or Chinese language, preferably English.

PRIZES:

  • A free stay at ONE of our hotels / resorts at Langkawi Island, Tioman Island, Kuala Lumpur or Johor Bahru.

CLICK HERE FOR MORE INFO


CONTEST: "Who Do You Want To Be Perfect For?" by Vaseline


CONTEST PERIOD:
  • 29 July - 31 Aug 2013

HOW TO PARTICIPATE:
  • Tell us who you want to be perfect for and why

PRIZES:
  • Grand prize: 5D3N perfect getaway to Paris for 2 by MAS Holiday;
  • Special prize x 10: Spa packages for 2 at Swasana Impiana Hotel KL

CLICK HERE FOR MORE INFO



Thursday 8 August 2013

CONTEST: Go Green Energy Saving Contest by Philips Lighting Malaysia


CONTEST PERIOD:
  • 6 Aug - 6 Oct 2013

HOW TO PARTICIPATE:
  • Purchase any Philips products
  • Get a contest form from any of the 4 Cima Lighting outlets
  • Answer 3 question in the contest form
  • Fill in your personal details with receipt number and submit the completed contest form in the contest box provided any any Cima Lighting outlet.

PRIZES:
  • 1st prize x 4: iPad Mini (16GB)
  • 2nd prize x 4: Deep Fryer
  • 3rd prize x 3: Rice Cooker
  • Special prize x 3: Hair Dryer
  • Consolation prize x 48: 13W LED Bulb (Cool daylight) or (Warm white)

SOURCE:



LIFE: Kisah Benar Pengalaman Hj Lokman Bersihkan Jin Di Kawasan Ayah Pin


Kisah Benar Pengalaman Hj Lokman Bersihkan Jin Di Kawasan Ayah Pin | Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama…

Ramai yang tak tahu kisah benar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman

19 November 2010


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...